Isnin, 4 Julai 2011

Kecemerlangan Sahsiah Diri Dan Akademik Perlu Seiring

Marcapada ini, masyarakat semakin bimbang mengenai status kecemerlangan seseorang pelajar itu.Adakah pelajar-pelajar kini hanya mengejar keputusan akademik semata-mata? atau sememangnya turut mementingkan nilai-nilai sahsiah diri yang terpuji.


Apa yang pasti dan harus disedari oleh semua pihak terutamanya pelajar adalah hakikat dimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri telah pun menyatakan bahawa "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".