Selasa, 5 Oktober 2010

Ketahui Apakah Fokus Dalam PSK

Penghayatan Rukun Negara dan Gagasan 1 Malaysia :



Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
  • Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden:
Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Pengenalan Subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Subjek PSK adalah mata pelajaran teras yang berperanan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah bagi melahirkan pelajar yang patriotik dan bertanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Kandungannya memberi tumpuan kepada hubungan pelajar dengan masyarakat, peranan, hak dan tanggungjawab pelajar sebagai warganegara dan pemupukan nilai untuk membentuk individu yang menyumbang kepada masyarakat dan negara. Unsur-unsur yang menjadi intipati penting dalam subjek ini ialah Patriotisme dan Perpaduan.

PSK menekankan empat prinsip pendidikan yang penting iaitu: (belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi).

Matlamat PSK ialah bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar mengenai peranan, hak dan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara bagi melahirkan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

Selamat Datang Ke Laman Blog Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SSN SMK SERI KOTA

Salam Sejahtera Kepada Semua...
Laman blog ini dibangunkan untuk seluruh warga SSN SMK SERI KOTA khususnya dan seluruh masyarakat Malaysia amnya.Semoga dengan wujudnya blog Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini para pelajar akan dapat lebih mengenali dan cintakan subjek ini.Maklumat dan segala ilmu yang akan dipaparkan disini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
"Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) Wajah Masa Depan"