Selasa, 5 Oktober 2010

Pengenalan Subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Subjek PSK adalah mata pelajaran teras yang berperanan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah bagi melahirkan pelajar yang patriotik dan bertanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Kandungannya memberi tumpuan kepada hubungan pelajar dengan masyarakat, peranan, hak dan tanggungjawab pelajar sebagai warganegara dan pemupukan nilai untuk membentuk individu yang menyumbang kepada masyarakat dan negara. Unsur-unsur yang menjadi intipati penting dalam subjek ini ialah Patriotisme dan Perpaduan.

PSK menekankan empat prinsip pendidikan yang penting iaitu: (belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi).

Matlamat PSK ialah bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar mengenai peranan, hak dan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara bagi melahirkan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.